Blogger Templates

Friday, August 31, 2012

ABAYA , arabic style.


Assalamualaikum kepada seluruh penduduk umat manusia :)
eh , eh , ada entry baru lagi. tula kalau dah start update entry memang dah tak boleh berhenti dah. kalau tak update , memang tak update pula, cenggitu eh. okay update :) Pada Ramadhan yang lalu , tiba-tiba telah memasang niat untuk menjadikan abaya salah satu  collection pakaian peribadi di dalam wardrobe. So memang berkobar-kobar semangat nak mengumpul sebab suka tengok orang & diri sendiri mengenakan abaya kalau ada function or event.


Abaya from Indonesia. 


Abaya serendah RM65 kat mana boleh dapat ? semuanya hanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur. 


Nih masa raya kedua , malam beraya di rumah some of my relatives dekat Kluang.



okay dah ada gaya emak kepada dua orang anak. ehek ! gambar ini diambil pasa Ramadhan yang lepas after performing tarawih at Masjid Bukit Indah , Ampang.


Okay comel nyeeeeee UWAIS QARNI pakai jubah makcu dia bagi. siapa Acu dia nih ? cuba bagitau sikit. Baik hati sungguh. untung ada makcu macam dia ;D


menggayakan abaya yg sedondon ngn emak kesayangan. beraya di kajang.

Tak rugikan kalau ada collection abaya dalam warbrobe. sebab Abaya nih memang sesuai dipakai atau digayakan ke mana sahaja. pergi kuliah pon dah ramai orang pakai abaya. so , lepas nih pergi shopping kita pakai abaya jum ? (>.<)

Finally . wish you

HAPPY 55th INDEPENDENCE DAY MALAYSIA ! 

SALAM KEMERDEKAAN :)


Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry !

Wednesday, August 29, 2012

Gadiskurung PINK beraya di Mersing , Johor


Assalamualaikum pakcik , makcik , kakak , adik , abang , atok, nenek xD siapa lagi yang tak disebut ?ngegege. 
amacam raya ? masih beraya sakan ye. Selamat meneruskan aktiviti raya korang ek. okay on the third Syawal yang lalu , sempat juga lah kami sekeluarga pergi beraya di MERSING , JOHOR. siapa orang Mersing kat sini , habaq mai sikit. ada tak ? ce cite ce cite sikit. promote sikit keindahan yang ada di sana. Mersing adalah satu tempat yang nice , kampung yang nyaman & damai kerana di kelilingi dengan pantai. Mersing merupakan the place that my mother dibesarkan. Pada hari tersebut , aku telah menggayakan 
Ribbony Pinky Baju Kurung with colour blocking Pearl Half Moon Shawl.
kitorang  sempat singgah beraya a few rumah sanak-saudara yang masih menetap di sana.


sibuk sangat nak ada reben-reben dekat baju kurung tuh. bila pergi beraya sibuklah reben tercabut nak kena ikat balik. what a childish you are =.="


Memanjakan diri di atas buaian sambil menghirup udara kampung yang segar lagi nyaman & bersih . ahha ^__-


Rumah ini menyimpan 1001 kenangan yang akan disimpan jauh di dalam hati sehingga  nafas yang terakhir (:


My first trial wearing turban. agak kurang selesa juga lah. suka-suka je nak try. But not my taste kot. Last-last after performing solat zohor dekat Masjid berhampiran , cabut terus Turbanian Scraft. tinggal inner ninja sahajee. fuhh , lega macam baru dapat bernafas daripada kesesakan di bahagian kepala.


Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah berpeluang menikmati keenakan Tebu. Ya Allah , dah lama memang teringin nak makan tebu. Selalu yang ada jual air tebu. nih buah tebu. okay fine macam orang jakun dah aku nih. dah tak nak cakap banyak. nanti kena label kat dahi tuh budak jakun.


Berjalan ala-ala orang yang first time datang kampung. hoho.


dah macam watak kartun dalam filem animasi je aku tengok dia nih O.^ by the way, this ohhsem Half Moon Shawl nih pon beli dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman. dekat tudung nih ada 3 different colours. combination between Baby blue, pink & purple which is colour blocking yaw.


Singgah membeli belah secara kecil-kecilan sebelum pulang


Kau ingat dekat Terengganu je ada keropok lekor. kat sini pon ada juga. Melantak keropok lekor yang sudah siap digoreng & disebabkan cuaca yang panas semasa beraya terpaksa menhirup 2 cup Air Milo Ais. nih manusia ke alien ? ;) 

Nak tanya , duit raya korang dah berapa ribu dapat ? cepat , cepat raya dah nak habis nih. huhu ! saja nak bagi korang cuak sikit. Jom lawan siapa dapat kumpul duit raya paling banyak , dia menang xD

Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry !

Tuesday, August 28, 2012

Eid Mubarak 2012 ; raya pertama bertemakan colour electric blue ;)



Assalamualaikum sayangs sekalian ;) 
rasanya belum terlambat nak wish 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ;) 
Maaf Zahir & Batin
baru hari ini ada mood nak update blog. lama betul bercuti daripada update blog. berat sangat tangan nih nak menaip sebab terlebih makan ketupat , rendang lah kot =.=" okay , nih antara gambar-gambar sekitar hari raya pertama yang bertuah dipilih untuk disemadikan dalam blog ini. nak cerita sikit tentang tema on that day. seperti yang anda sedia maklum, tema kitorang adalah Electric Blue. This year kami telah beraya di Kluang , Johor. pagi raya as usual la pergi sembahyang sunat aidilfitri dekat masjid berhampiran. then pergi menziarahi kubur atok & wan. sesi bersalam-salaman yang paling dinanti-nantikan sebab nak tadah tangan minta duit raya. hehe. lepas makan ketupat, rendang, kuah lodeh bagai , sempat juga pergi beraya beberapa buah rumah. tuh jela. then kepenatan balik tido atau pon terbongkang tengok tv. cerita best-best oOo time raya. Rasa macam tak sistematik jee sebab time raya orang semua nak beraya bukan nak duduk depan tv. Time tuh lah nak tayang cerita best-best. cerita yang baru kuar wayang pon dia nak tayang. *hambek kau , font pon nak ikut tema juga. electric blue. gasak la ^^


Baju raya pertama yang bertemakan Satin & Lace nih beli dah siap jee. ready-made disebabkan kesuntukan masa yang sangat melampau. Alhamdulillah ada pulak saiz S. memang muat-muat badan lah kn. dah tak ada masa nak tempah-tempah lagi dah. kalau pergi kat tailor, mau dia humban kain-kain aku keluar dari kedai dia. aku beli baju nih pon masa first Ramadhan hari tuh. pergi sorang-sorang jee menapak kat 
Jalan Tuanku Abdul Rahman.
 gigih juga lah mencari puasa-puasa pon. Beg yang comel tuh beg recycle jee. pakai apa yang ada. benda lain boleh lah nak recycle. baju memang takkan recycle lah kalau raya. kalau pakai baju recycle memang tak ada mood terus o.0


Ribbony Electric Blue Wedges (comel kan ? ) with stoking kaki. Ribbony Lace (reben-reben dekat kain). Pearl Half Moon Shawl. Labuci Electric Blue scraft (actually untuk orang akad nikah tapi tibai jee pakai raya


buat pertama kalinya dalam hidup, Baby 'Aqeel Zhafran menyambut Aidilfitri. siap pakai baju melayu. awak memamg henceeem boy lah.


bersama sepupu-sepapat sambil meggayakan duit raya yang diperolehi. Alhamdulillah. semakin meningkat usia , semakin tinggi nilai duit raya yang diperolehi. huhu xDDD suma pakai heels and wedges. aku jee nampak pendek nih. hurrm , nasib bdn =.O

UNGKU NURUL FARHAH
UNGKU KHAIRUNISA 
UNGKU SHASYA

apasal nama aku sorang jee tak ada ungku dekat depan ? sobs. jawapannya sebab yang ada Ungku adalah my mom. 



keturunan Ungku :)


sayanggss gila dekat PUAN HAJAH UNGKU ZAUYAH BT UNGKU MOHAMAD
muaaaaaahxxx !!!


Selamat beraya lagii ye. syawal ada 30 hari. mesti banyak open house yang nak kena attend. dengan kenduri kawin lagi. makan , makan juga. kesihatan kena jaga. jom kita kutip duit raya sebanyak mungkin tahun nih. sempat lagi nak beraya kutip duit raya. Selamat berpuasa sunat 6 Hari Raya juga kepada yang berpuasa. aku pon baru nak start hari ini. selamat bersahur lah ye (:


Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry !

Tuesday, July 31, 2012

jom bergaya dengan Tudung Bawal comel-comel :)


Assalamualaikum kepada penduduk bumi sekalian ! 
Nak tanya lah, korang mesti nak jugak kan tudung bawal yang unik-unik & cun melecun macam ini suma kn ? Bawal Rose, Bawal ropol-ropol Leopard, Bawal ropol-ropol plain & Bawal English Rose. Tersangat ayu apabila menggayakannya. so korang boleh dapatkannya di 
jom pakat like ramai-ramai kepada yang belum like. Harga sangat berpatutan & kualiti pon oraiiittt. Yang penting kakak owner shopping online ini baik gila & sporting gituuh. tuh yang best nak cerita.


Bunga roses dia pon cantik tahu. segar bugar jee tengok. Bunga Rose yang sangat subur. dekat sini korang actually boleh request nak bawal colour apa & rose colour apa. tuh yang syiook. ikut cita rasa masing-masing. so korang boleh mix & match bawal & rose tuh ikut suka hati korang. Hari tuh aku beli 2 helai bawal with rose. The other one bawal colour deep purple with turqouise rose. saja pilih colour yang quite contra supaya colour dia up sikit. 


Harga bagi tudung bawal nih hanya RM20 siap dia jahit semua. murah kan ?murah kan ? tapi yang nih masa beli dekat booth. Hari tuh dorang ada buka booth dekat DATARAN CENDEKIA, UITM SHAH ALAM atau juga dikenali sebagai Dataran Cinta.  So, apa lagi borong lah. tak reti-reti lagi ;) kan dah jimat postage. selamat duit. kalau harga beli online lain lah. Time tuh pon ada promotion sekali. tuh yang murah. kalau online memang tak dapek lah harga macam tuh dek oi. Aku request dengan menghantar Instant Messenge dekat owner kedai online nih. then bila dia datang buka booth aku ambil la tudung yang dah siap jahit. Masa datang kat booth dorang tetibe kakak tuh cakap "eh, nashina rika" okay terkejut. sebab kalau ikut aku lah aku takkan kenal orang dalam facebook kalau jumpa kat luar. susah nak detact kecuali orang tuh aku tenung gambar dia lama-lama selama lebih kurang setengah jam.


nih pula bawal ropol-ropol leoprad. sangat unik okay. Selain tudung bawal, kat sini juga ada menjual shawl cantek-cantek yang uniklah for me sebab tak jumpa dekat online lain. Selain itu, ada juga beli shawl sehelai, dua helai. hee.


bawal ropol-ropol sangat cantik kalau dipakai semasa keluar berjalan-jalan dan tak lupa jua pada aidilfitri nanti. 

Thanks for reading. keep waiting for the next interesting entry !

Friday, July 27, 2012

melahap sushi di Octopus Ampang Point sehari sebelum Ramadhan^^


Assalamualaikum sahabat handai rakan taulan ! 
Alhamdulillah puasa berjalan lancar so far. masih belum tinggal & terawih juga penuh. *syukur syukur. sebelum meneruskan topic perbualan kita pada hari ini, nak minta jasa baik korang kalau ada yang sudi nk like my page sila kn. boleh click dekat cini.

maciiihhh ! ^___* dekat page nih ade jual preloved  & new items. have a look ladies ! okay dah habis pasal itu now beralih pula pada tajuk entry seperti yang tertera di atas. Peristiwa ini berlaku sehari sebelum Ramadhan yakni sebelum berpuasa. aku nih seorang penggemar sushi. yes i am :) so bagi melepaskan gian dah lama dah tak melahap benda alah ni.so on that day, sempat la menyuap dua, tiga suapan sushi di OCTOPUS, AMPANG POINT. sangat lazat enak berkrimm. nom nom nom !


Pada awalnya, my cousin and I saja nak pergi Ampang Point nak usha baju raya lah konon-konon. Memandangkan dekat AP nih mostly butik je yang berleluasa di sana, kami hanya mampu menelan air liur sahaja melihat baju yang cantik menawan gojes. eh bukan sama maksud ke dua tuh ? =.=" tak apa lah. tunggu aku kerja bangus-bangus dulu nanti aku datang sini balik beli baju raya untuk 3 tahun lagi. itu pon kalau dah dapat kerja time tuh. muehehe.


Kitorang pakai cekau je sushi yang sedang bergerak laju itu. yang ala-ala ikan masak kicap tuh sangat sedap rasa dia. memang rasa macam ikan masak kicap lah. memang sedap lah. yang egg miyo pon sedap juga. yang salmon tuh tak berapa nk urrrmp. kurang garam rasanya. eh takla, tak sedap sebab rasa dia sangat mentah.macam makan ikan yang baru bawa keluar daripada peti ais kat umah kau.Padahal aku nih peminat setia Ikan Salmon. kalau makan steamboat tak sah kalau tak ada salmon. salmon, iloveyou. really miss nak makan kau. jum pergi Johnny's jum !


membuka mulut dengan diameter keluasan yang agak melampau untuk menikmati salmon mayo. Kepada viewrers sekalian, jangan nk terliur sangat. bulan puasa nih.


aku tengok orang yang makan kat sini, ayah emak kecil-kecil dah ajar anak dorang makan sushi. tengok ada budak sorang tuh dah macam makan nasi aku tengok dia makan sushi.okay la nanti cerita lebih-lebih batal pulak puasa korang eh. bulan puasa nak cerita pasal makan kena slow-slow sikit, nanti kena tangkap ;)

Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry!

Tuesday, July 24, 2012

Persiapan Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum brothers & sisters :) Happy Fasting yeaaa ! hows your hari raya preparation ? macam awal sangat je nk tnye tapi nk tanye juga. memandangkan aku nih jenis yang sgt details means aku tak suka buat kerja last minute & aku sangat suka orang yang well-prepared. Nak perfect. so preparation raya pon aku buat awal-awal. berperingkat-peringkat supaya hasilnya pon memberangsangkan & yang paling penting puas hati. bukan apa, kalau dekat Jalan TAR dalam masa sekarang nih memang tak ramai orang sangat yang bershopping. so senang lah nak pilih baju raya, tudung raya & kasut raya. Nanti kalau lambat-lambat, saiz habis lah. colour fav dah habis lah. Al-maklumlah mostly rakyat Malaysia suka shopping last minutes. Nanti korang boleh tengoklah suasana masa time nk dekat-dekat raya. lautan manusia suma kena redah. Masa tuh korang takkan nampak tudung bawal ke shawl ke yang hanya korang akan nampak kepala-kepala manusia. ambil pengajaran pada raya tahun-tahun lepas. *taubat-taubat tak nk pergi time macam tuh dah. kalau nak pergi usha-usha barang okay lah. nak cari baju raya kirim salam je la ye. jom kita tengok hasil sepencarian selama 2 hari berturut-turut aku shopping secara berhemah & saksama di JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR. Nih kira first round shopping & insyaallah akan ada lagi entry about shopping rayer later. 


My cousin & I hav decided untuk memilih ELECTRIC BLUE sebagai family theme for the first Hari Raya. because this colour macam tengah hot je nowadays. Tiada unsur-unsur politik di sini. *Hijau tetap di hati
Bertemakan elegent & contemporary and also cute , i hav choose lace & satin as my outfit.i think i want to wear a veil during hari raya. now tgh searching veil yang cantik, cute & harga berpatutan. kalau nak beli veil yang cantik gila & mahal tunggu lah time my engangement day atau pon wedding nanti.
so wait & see ! nantikan je la raya pertama nanti.





Bertemakan COTTON, PINK & CUTE. bila try baju nih aritu okay terasa macam Alice in Wonderland versi muslimah. Baju nih design sendiri. tak siap sepenuhnya. ada lagi nak tambah-tambah. so nih kira bagi hint-hint je la. wajah sebenarnya tunggu raya nanti. this one is my favourite baju kurung moden for this coming raya because PINK IS MY FAVOURITE COLOUR :)




Abaya-abaya from indonesia yang akan diperagakan di pagi raya nanti. Alhamdulillah on that day, memang rezeki lah dapat jumpa abaya yang murah & cantik. siap beli dua lagi.style abaya nih ala-ala macam arab punya. My mom & sis pon beli juga nak pakai sama-sama raya nanti. im waiting for my elder sis untuk belikan abaya from Afganistan & Dubai sebab nanti nak balik Malaysia dia nak singgah Dubai. Sgt sgt tak sabar okay. now pon dalam process mengumpul abaya. *Wanita lebih cantik & comel kalau pakai jubah :)




Tudung bawal yang sangat comel.


Actually ada lagi kelengkapan yang belum lengkap. Tudung & sumthing else tak ingat yang  tak beli lagi. Ingat nak tambah lagi baju raya dalam 2 pasang. hehe. tengok bajet lah dulu. kalau ada rezeki ;) insyaallah rezeki bulan Ramadhan~




Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry.

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK :)


Selamat berpuasa kepada suluruh umat islam walau di mana jua anda berada. semoga kita suma mendapat keberkatan di bulan yang penuh barakah ini. insyallah. 
Selamat beribadah :)
Jom berpuasa kerana ALLAH.

Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry !

Friday, July 20, 2012

jom same-same melayari DUNIA PINK ;)


Assalamualaikum sincere readers ! :)
hye hye ! Welcome to the NASHINA'S PLACE^^
eh jgn tenyeh-tenyeh mata tuh. sememangnye anda berada di dunia yg nyata lagi fana ini. memg gmbarr yg aku upload dekatt blog nih sumenye PINK. amaran keras kepada sesiapa yang tidak menggemari colour pink dengan kata lain anti-pink, anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan pembacaan. Terima kasih.


the besh place ever ! ini adalah kamar tidur ku merangkap location terbaik untuk berguling-guling apabila kebosanan di rumah. nih da macam tempaat beradu patung-patung tersebut. sampai ruang untuk aku tido tinggal 1 per empat sahajee. camni lahh klu dah naik tocang dengan tuan sendri. orang bagi betis nak peha :') *kantoi bantal busuk di citu. okay malu.


nih bukan meja study yer kawan-kawan. nih meja online name dia. Dengan berkonsepkan ala-ala Jepon Tapi versi Malaysia, meja Jepon digunakan bagi meletak sume pekakas hak milik diri sendiri. Konon-konon nak uat comel-comel la macam dalam movie Jepon yang selalu aku tengok tapi jadik serabut alam plaks bila tengok dalam gambar. Tapikan kalau korang perasan rumah atau bilik orang Jepon memang banyak barang. Penuh & padat. tapi tetap comel, setuju tak ? ^__* ithuu lahh konsep yang aku ingin kekalkan. tapi tatau lah sampi bile kocomelan ini dapat bertahan. kita lihat sususan ini suma selepas seminggu adakah mereka berada di position yang sama atau pown berubah. heee.


antara barang wanita kepunyaan aku. actually ada some followers yang minta request suruh buat review about make up yang aku guna. takda lah hebat sangat pasal make up nih. pakai tenyeh-tenyah je kat muke segala foundation, blusher bagai. orang tanya, jawab je la. so, check it out !

STRAWBERRY PUREE BODY LOTION
Lightweight, cooling moisturisation with strawberry pulp and sumptuous strawberry seed oil. Normal Skin. -THE BODY SHOP.

FACE & IT Radiance Foundation SPF20, PA++ -THEFACESHOP

PHYTOGENIC Infinite Foundation SPF20 PA++ -THEFACESHOP

ULTRA PROTECT FACES Sunscreen Lotion SPF UVB 30 -BANANA BOAT

PINK LOVE PERFUME - BEBE

BODY LOTION BEBE SHEER- BEBE

PINK SUNSILK, silky smooth & manageable -SUNSILK

PINK REXONA TEENS, 24 hours protection- REXONA

ROSE MOISTURISING BODY CREAM -MARK & SPENCER

MYSTERIOUS BODY LOTION - ELIANTO


AL-Quran & tafsir Pink tuh pemberian insan yang bernama Muhammad Hilmi Abd Aziz :) Dan  Al-Quran beserta tafsir berwarna hijau pemberian kawan baik selaku roomate selama 2 semester for my degree nih Nuraziela Bt Ismail. Yang special nye kawan baik & teman baik special both mempunyai tarikh lahir yang sama. adakan ini satu kebetulan ?


Herb Day Cleansing Wipes, gentle yet thorough cleansing wipes with plant extracts - THEFACESHOP

Pure Water Facial Mist, Juju Orange, Pure Water from Jeju Island - THEFACESHOP

Lovely, Angel Skin Loose Powder - THEFACESHOP 

Make up Brush - THEFACESHOP

Pinky Ribbon Travel Pack - ELIANTO

Varity Fresh Fruit Masker - THEFACESHOP

nih a part things yang aku guna. nak tulis lebih-lebih malas lah pulak. but mostly suma product Thefaceshop & Elianto je. tak lari daripada kesua-dua brand tersebut. Product lain tak berminat lah. sorry.



Hello Kitty Pocket. oppss. ada orang berbogel. sila jangan lihat 0.o


My wardrobe yang menyimpan pelbagai khazanah alam. sekali buka je pintu, beterabur suma baju keluar. so jangan simply buka apa-apa dalam bilik aku. kemungkinan luar je nampak kemas. dalam masyaAllah.


some of my necklace collection. Gambar poyo di citu.


Koleksi beg yang tiada tolok bandingan nye. klu runtuh bag holder tuh, aku kena ambil tindakan sewajarnye dengan berhenti untuk membeli beg lagi. mampukah diriku ?=.="


some of medal yang aku dapat masa hari sukan sekolah-sekolah dulu. baru tahu aku boleh berlari ? tgk kaki lah babe. nih kira pencapain ko-kurikulum lah. piala akademik tak simpan dalam bilik. ada dalam almari kat ruang tamu.Antara acara yang aku pernah menang 4x 400 meter & road run atau dengan kata lain merentas desa. aku suka long distance. tak suka short distance. sebab kalau long distance boleh tengok siapa yang lebih hebat stamina nye siapa yang akan pancit dulu. hek eleh padalah tak boleh lari pecut cakap je lah. yang pingat sekolah rendah tuh aku tak ingat lah pulak. rasanye menang lari bawa bola pingpong dalam sudu kot. tapi aku ingat time tuh aku rumah hijau.


MURID CONTOH. okay perlu ke cap lock & bold sekali, tak tahu tang mana yang perlu dicontohi. masa sekolah rendah dah la malas belajar. bila suruh buat program nilam, aku dengan bangganye salin je sume sinopsis yang ada dekat belakang buku cerita dekat library letak dalam Buku Program Nilam. Then cikgu semak, masa habis sekolah rendah degan tak semena-mena dpt cemerlang program Nilam. nih yang nk dicontohi ? xDDD Murid Contoh nih cikgu-cikgu yang vote. masa terpilih antara top 10 calon murid contoh, rasa cam tak confident je nak menang, sebab pesaing suma bagos-bagos. da la dorg panggil nama sorang-sorang masa perhimpunan. memang malu gila sebab rasa diri nih sangat tak layak. Tetibe nama naik & tercalon. Then masa nk umumkan Murid Contoh Tahap 1 Bulan Sept 1999,Tahap 1 maksudnye kategori darjah 1,2 & 3 , juru acara baca biodata. Tetiba apa yang dia baca suma berkaitan dengan aku. contohnya "dilahirkan pada tanggal 15 Januari 1990 dan bla bla bla. ." eh eh tuh bukan besday aku ke ? masa tuh dah tak senang duduk dah. last-last masa dorang umum, tawakal je la jalan naik pentas. pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai sekarang.


nih besh fwen masa form 1 until form 3 dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Nama empunye badan NUR AMALINA BT ANNUAR. berkepit macam belangkas. Dia kawan yang sangat baik sampai sekarang tak jupa orang lain sebaik dia. pendengar setia. dulu  dia lah peneman kalu nk pergi dating pown bawa dia sekali sebagai bodyguard. cinta monyet masa zaman sekolah. Frame zirafah nih dia bagi masa besday aku dulu. Rindu sangat kau Mal. nanti kita pergi buka puasa sama-sama ya ! kawan dunia akhirat insyaallah^^ masa sekolah rendah besh fwen aku ialah FARAH IDAYU BT YUSOF. takde gambar tak semestinye dah lupa. sentiase tersemat dalam hati :) Both mereka sangat oohhhseeem. kawan yang tiada tandingan. hope our fwenship'll never ends. 



nih member-member kamcing masa dekat Sekolah Menengah Bukit Indah, Ampang. masa form 4 aku pindah rumah dari KL ke Selangor. Tetibe kena nyani lagu Negeri Selangor okay memang tak lahh. setiap kali perhimpunan ikot gerak bibir je. FARHANAH FATIN, SHIKIN & ATHIRAH. nih gambar masa kitorang ikut lawatan ke Pulau Pangkor. Gambar nih kitorang snap dekat Menara Condong Teluk Intan Perak.


bagasi-bagasi yang baru di bawa pulang dari Uitm Shah Alam. 24 hours online non-stop, barang tak kemas-kemas. tolong lah jadik rajin, tolong lah. kalau macam ini, siapa nak masuk meminang kau eh ? barang sampai buka cuti semester balik camni je. siap angkat je balik nanti bawa g Shah Alam semula bak kata emak ^__^


Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry !